Ingatan Dari Tun Mahathir....Kaum bukan Cina terpinggir jika pembangkang berkuasa
SHAH ALAM 17 Jan. - Rakyat bukan berketurunan Cina di negara ini berdepan risiko dipinggirkan sekiranya pakatan pembangkang yang didominasi DAP diberi peluang memerintah negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Disember lalu menunjukkan parti itu tidak memberi pertimbangan kepada kaum-kaum lain.
"DAP dikatakan parti berbilang kaum, ambil kira kepentingan Melayu, Cina dan India. Mereka kata akan bertimbang rasa dan tidak terlalu bersifat perkauman.
"Namun hakikatnya, bila mereka berkuasa maka kemungkinan ini berlaku akan terjadi," katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada program Bicara Minda: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.

Comments