Husam tarik balik saman...Apa Kah Terjadi Sebenarnya
KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menarik balik saman terhadap Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang dengan kebebasan untuk memfailkan semula dan dengan kos.
Pada masa yang sama, Hakim Datuk Yazid Mustafa mengarahkan plaintif membayar kos sebanyak RM2,000 kepada defendan kerana tindakan tersebut.
Husam yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Hisham Fauzi manakala peguam Nor Azli Ahamed mewakili Hussain.
Sementara itu, Nor Azli yang ditemui di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.
Menurut Nor Azli, pihaknya bersedia menghadapi perbicaraan tersebut termasuk semua saksi hadir bagi memberi keterangan sekiranya prosiding berjalan.
Dalam writ saman yang difailkan Husam pada 25 April 2012, beliau mendakwa Hussain telah membuat atau menyebarkan risalah yang bertajuk: Husam Musa Politik wang dan kronisme.
rislah tersebut disebarkan dlam program pemantaapan Profesionalisme Guru Pendidikan Islam seluruh Kelantan pada 15 Januari tahun lalu.
Defenden atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan telah menganjurkan program tersebut dan mewajibkan semua guru pendidikan Islam di negeri ini hadir.
HUsam mendakwa artikel itu adalah tidakbenar dan secara jelas menuduh dan memfitnah beliau sebagai seorang penipu, gila kuasa dan mementingkan diri.
Ekoran daripada itu Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, kewangan dan Kebajian negeri menuntut defendan memohan maaf secara bertulis tanpa syarat dan mengiklankannya dalam akhbar nasional Bahasa Melayu selama sehari.
Selain itu Husam juga menuntut defendan membayar ganti rugi sebanyak RM5 juta terhadap fitnah yang telah dilakukan disamping ganti rugi teladan, melampau dan punitif.

Comments