HUKUMNYA KUFUR-MUFTI SELANGOR...

SHAH ALAM 10 Jan. - Umat Islam boleh jatuh kufur sekiranya meredakan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu, kerana perbuatan itu boleh dianggap sebagai menyokong konsep trinity iaitu mempertigakan tuhan sedangkan akidah Islam mempercayai Allah itu adalah Maha Esa.

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid berkata, di dalam kitab suci al-Quran iaitu di dalam ayat 73, surah al-Maidah telah dijelaskan hukum mereka yang mempertigakan Allah.

Ayat tersebut bermaksud Sesungguhnya kafirlah orang yang mengatakan bahawasanya Allah salah seorang dari yang tiga, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang yang kafir di antara mereka akan ditimpa seksaan yang pedih."....Masyallah
 

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul