Hindraf tak akan sokong Pakatan: Dr Chandra
SHAH ALAM: Ahli akademik, Dr Chandra Muzaffar menyifatkan pengundi India akan terus memberi sokongan kepada kerajaan ekoran banyak permasalahan yang dibangkitkan oleh Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) dahulu telah diselesaikan.Presiden Just World Movement ini berkata pengundi India kini tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang sebaliknya menilai prestasi kerja yang dibuat oleh kerajaan dan pembangkang dalam menyelesaikan masalah rakyat."Tetapi yang saya baca ada beberapa sumber mungkin BN pengundi di kalangan orang India adalah jauh lebih kukuh sekarang berbanding 2008 dan 2009," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi.Beliau selain itu memerincikan antara kejayaan besar yang berjaya menjadi penambahbaikan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdasarkan tindakan inklusif yang dibuat oleh kerajaan dalam beberapa tahun ini.
"Sebab yang besar sekarang ini adalah isu-isu tentang kenegaraan, pekerjaan, tentang perumahan bagi golongan berpendapatan rendah di bandar-bandar dan masyarakat India dan sebagainya."Jadi kerajaan sudah memberikan perhatian kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Hindraf dulu," katanya.
Hindraf semakin merosot
Malah katanya, jika pengalihan sokongan pengundi India beralih ke BN, ia mungkin berkaitrapat dengan perpecahan yang berlaku di dalam Hindraf sendiri."Tetapi dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini, Hindraf ini sudah merosot kerana terbahagi kepada pemimpin yang keluar dan menyertai kumpulan-kumpulan yang lain."Ada yang menyokong kerajaan dan itulah faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan imej dan juga kerana banyak isu-isu yang timbul dulu telah pun diselesaikan oleh pemerintah kerajaan sekarang," katanya.Justeru beliau membayangkan sokongan padu akan terus diberikan oleh pengundi India kepada BN berbanding Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menteri Dalam Negeri hari ini selepas mempertimbangkan rayuan, telah bersetuju membatalkan perintah di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2008, yang telah mewartakan Hindraf sebagai sebuah organisasi haram.Surat berkenaan ditandatangan oleh Dasmond Das Michael Das dari Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Penarikan semula larangan berkenaan yang dibuat pada ambang sambutan Thaipusam menurut Chandra sebagai usaha kerajaan melakukan proses transformasi selain menegaskan ia bukan faktor untuk meraih undi."Jadi pada hikmat saya, Hindraf tak begitu hebat lagi tetapi memang ada masih penyokong dan keputusan ini mamansuhkan terhadap larangan Hindraf mungkin ada sedikit kesan kepada BN."Tetapi faktor-faktor lain pada hikmat saya mungkin ada berdasarkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh kerajaan berdasarkan kewarganegaraan, soal pekerjaan, soal perumahan, pendidikan dan memang ini isu besar juga di kalangan masyarakat India, mungkin ini adalah faktor-faktor yang berpengaruh lebih daripada soal Hindraf," katanya.

Comments