Hassan Ali Bidas Kenyataan Bercanggah Azmin Ali


Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membidas sikap angkuh dan biadab Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamed Azmin Ali terhadap keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah.Beliau berkata sikap Mohamed Azmin menyanggah keputusan Majlis Syura Ulama PAS itu menggambarkan kejahilan Mohamed Azmin tentang kronologi peristiwa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Presiden membuat keputusan mengenai isu itu."Bagi saya, beliau gagal memahami perasaan, citarasa, hati kecil serta komitmen ahli dan penyokong PAS yang sentiasa memperjuangkan kesucian Islam.

"Mereka juga patuh kepada keputusan golongan ulama termasuk Dewan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS," kata Dr Hasan dalam kenyataan hari ini.Baru-baru ini media melaporkan Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan bukan Islam namun hari ini Mohamed Azmin dilaporkan mengeluarkan kenyataan sebaliknya yang didakwa mewakili keputusan semua pimpinan pakatan pembangkang.Justeru itu, Dr Hasan mengajak semua pihak merenung beberapa perkara antaranya kedudukan keputusan dan resolusi Majlis Syura Ulama PAS yang sebulat suara menolak penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu serta bagaimana status dibuat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang membolehkan kalimah Allah digunakan.

"Isu ini besar serta mempunyai implikasi mendalam terhadap masyarakat Islam, jadi saya minta PAS dan Pakatan Rakyat membuat penyelesaian muktamad terhadap isu yang masih tergantung ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul