Hadi...jujurlah akui kesilapan walaupun pahit!

Kali ini beliau berkeras mahu RTM dan TV3 berinya sejam siaran langsung kononnya bagi memperjelaskan pasal Amanat Haji Hadi yang telah memecah-belahkan umat Islam di negara ini.Namun, ada juga dalam PAS pemimpin yang cerdik tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar.Contohnya PAS Selangor menyifatkan tindakan kerajaan atau UMNO tidak membenarkan Hadi untuk bersiaran langsung menerusi RTM dan TV3 kerana takut kepada kebenaran.

Itu kata Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman manakala Naib Presiden Salahuddin Ayub lagi pelik bila minta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut serta dalam forum di TV itu.
Apa kena mengena UMNO takut atau Najib nak diheret dalam isu Amanat Haji Hadi?Walaupun Najib adalah Presiden UMNO, parti yang dituduh Hadi sebagai kafir, isu sebenarnya tuduhan Hadi adalah terhadap ahli-ahli UMNO yang juga beragama Islam sama seperti Presiden PAS itu.Tuduhan Hadi berkaitan agama dan sewajarnya beliau berdepan dengan ilmuan agama seperti mufti.

Sama ada bersiaran langsung atau tidak, cubalah Hadi jadi manusia yang boleh menerima kebenaran dan sanggup mengakui kesilapan walaupun ianya amat pahit.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul