Fathul: Menteri agama Pakatan bakal jadi boneka?
KUALA LUMPUR: Belum pun mentadbir negara, PKR dilihat sukar memberikan kerjasama terhadap Majlis Syura Ulama PAS yang menjadi rujukan tertinggi pembangkang berkaitan perihal agama Islam.
Ini sekaligus menimbulkan tanggapan bahawa menteri agama bakal menjadi boneka jika Pakatan Rakyat memerintah.Ulama Muda Umno, Fathul Bari berkata perkembangan terbaru tentang respon Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bertegas enggan menerima keputusan Majlis Syura bersabit ketetapan larangan penggunaan kalimah Allah di dalam sebarang kitab kecuali Al-Quran sebagai contoh peranan ulama diketepikan.“Jadi sudah semestinya kabinet bayangan yang disebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri agamanya mestilah datang daripada kalangan orang PAS. Jadi kalau sekarang ini pun mereka sudah menunjukkan sikap tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS, saya kira apa guna PAS diberikan kerusi sebagai menteri agama nanti?
“Ke Menteri Agama PAS ini sebagai satu boneka sahaja? Hanya untuk cukupkan kuota? Jadi saya minta bermuhasabahlah orang PAS dan saya minta saudara Azmin Ali menghormati pendirian Majlis Syura Ulama PAS,” ujarnya ketika dihubungi AntaraPos.
Fathul berkata Azmin sewajarnya berlapang dada untuk menerima keputusan Majlis Syura PAS yang merupakan badan tertinggi dalam PAS berperanan memutuskan sebarang keputusan membabitkan isu berkaitan Islam untuk kepentingan awam.
“Saya kira dia hendak ambil pendapat sebelum ini, (Presiden PAS) sebelum ini, jadi kita lihat sebelum ini pendapat dalam PAS ini bercanggah, kemudian mereka kembali bersama-sama kembali untuk tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah di dalam Bible.“Secara prinsipnya, kita sewajarnya memberikan pujian kepada PAS kerana kembali bersatu dan kesan kesatuan mereka sewajarnya dimanfaatkan oleh kaum Muslimin,” katanya.Malah beliau mengingatkan Azmin agar tidak terlalu angkuh kerana jika ada masalah berkait kepimpinan PKR kemudian nanti, parti itu akan merujuk PAS semula untuk mempertahankan mereka.Azmin kelmarin menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu sekaligus mengetepikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung.
Fathul selain itu menasihatkan PAS agar tidak menghiraukan kekangan mana-mana pihak termasuk rakan pembangkang dalam usaha mengembangkan ajaran Islam di negara ini.
“Perlu muhasabah kepada PAS agar lebih berhati-hati selepas ini dalam membuat sebarang kenyataan. Cumanya apabila saya melihat kenyataan Azmin Ali berlaku di mana satu situasi beliau tidak menghormati Majlis Syura Ulama PAS.
“Jadi di mana kalau PAS dilihat sebuah parti yang hendak memperjuangkan Islam dalam Pakatan Rakyat sementara dalam PKR tidak nampaklah, apa lagi dalam DAP. Mereka ini hendak memperjuang sekular itu jelas di kalangan mereka sementara PAS hendak memperjuangkan agama,” ujarnya.
.jpg)

Comments