'Faktor pendidikan punca pandangan PAS berbeza' Terimalah Dengan Hati Yang Terbuka Bila Dikritik....
SHAH ALAM: Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Ahmad Atory Hussain mendakwa latar belakang pendidikan di kalangan pemimpin PAS menjadi punca kepada pendirian yang berbeza tentang soal agama khususnya penggunaan kalimah Allah.Beliau yang lebih 20 tahun membuat kajian tentang PAS berpendapat segelintir pemimpin parti itu yang diangkat menjadi ulama sebenarnya tidak memahami tentang hukum-hakam agama.Ini yang menyebabkan lahir pendapat yang bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah untuk orang bukan Islam.
"Jadi oleh kerana banyak perbezaan pendapat baik dari segi politik dan dari segi agama kalimah Allah contohnya menunjukkan PAS ahlinya mempunyai latar belakang berpendidikan yang berbeza."Dalam PAS banyak sangat ulama orang yang tidak ada kelayakan dalam soal agama pun ada. Orang yang betul-betul ada kelayakan dalam soal agama mereka yang lain tidak ikut," katanya kepada AntaraPos ketika dihubungi.
Minggu lalu, Hadi memberi jaminan kepada Pakatan Rakyat bahawa partinya menyokong sebarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.Kenyataan beliau itu dilihat sebagai akur kepada desakan DAP yang mahukan penggunaan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible versi Bahasa Melayu untuk penganut Kristian di Semenanjung.Walau bagaimanapun selepas Majlis Syura Ulama PAS bermesyuarat hampir empat jam lewat malam semalam, pendirian Hadi itu disanggah.Majlis tersebut menegaskan sungguhpun kalimah Allah boleh disebut oleh sesiapa, ia tidak boleh digunakan dalam Bible kerana akan membawa kepada kekeliruan yang jelas.Atory seterusnya menyifatkan kecenderungan Hadi terhadap desakan DAP untuk memuatkan perkataan Allah dalam kitab Bible sebagai usaha mahu menarik sokongan penganut Kristian menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Hadi dikesan menyatakan pendiriannya tentang isu kalimah tersebut pada minggu lalu sebelum Mesyuarat Majlis Ulama Syura diadakan."Hadi Awang dalam hal ini nampaknya terlalu berpolitik untuk mendapatkan sokongan orang Cina."Dia (Hadi) sebenarnya ada agenda tersendirilah, dia sepatutnya berbincang dengan Majlis Ulama Syura tetapi tidak kerana hendak mempengaruhi ahli-ahli supaya orang bukan Melayu boleh sokong PAS."Kalau dia tidak buat begitu sebaliknya menunggu persidangan ulama, maka dia tidak akan dapat mempengaruhi," tegasnya.
Unsur Syiah dalam PAS semakin jelas
Atory selain itu berkata perbezaan pendapat dalam PAS menguatkan lagi dakwaan bahawa terdapat unsur Syiah dalam parti itu yang disifatkannya berpotensi untuk menjatuhkan martabat agama Islam dalam negara.
"Dalam PAS ini kalau dikaitkan dengan zaman dulu ada unsur kawarish kerana asyik mahu menentang sahaja dan ini yang akan menjahanamkan Islam.
"Dalam PAS ini ada unsur Syiah, mereka ini cuba untuk mensyiahkan orang-orang melayu. Kita tidak mahu pakai syiah ini mereka dalam golongan ini mahu bergaduh sahaja," ujarnya.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad sebelum ini pernah menyatakan tentang wujudnya golongan yang mengamalkan pendekatan Syiah dalam PAS.
Dalam temubuat eksklusif bersama Antarapos, beliau berkata telah mengemukakan perkara tersebut kepada kepimpinan PAS namun tidak diendahkan. Malah beliau turut menawarkan diri untuk memberi penjelasan kepada PAS bersabit dakwaannya itu.

.jpg)
.jpg)
Comments