Ezam nasihatkan ahli parti tinggalkan PAS


KUALA LUMPUR: Senator Mohamad Ezam Mohd Nor mendakwa PAS sudah hilang kredibilitinya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak tahun 2006 lagi.
Malah, beliau berkata PAS kini sudah terlalu banyak menyeleweng daripada prinsip asal perjuangan parti terutamanya sejak bersama rakan sekutu pakatan pembangkang DAP dan PKR.
"PAS semakin hari jelas semakin lemah dalam mempertahankan asas-asas penting agama dari sudut politik sekaligus menjadikan PAS sudah tidak relevan pada hari ini," kata kepada Antarapos.
Katanya lagi, kelemahan PAS itu semakin jelas kelihatan ketika parti Islam itu tidak lagi mampu untuk menyuarakan pendapat apatah lagi memutuskan sebarang pendirian yang melibatkan rakan sekutu pembangkang.
"Apa yang Anwar buat yang bercanggah dengan Islam, pluralisme. Kenyataan Anwar contohnya di London School of Economic (LSE) 2010, saya ada teks, jelas pluralisme...malah bertentangan dengan Islam.
"PAS tidak boleh buat keputusan. Baru-baru ini anak dia Nurul Izzah pulak buat kenyataan, jelas bertentangan dengan Islam, PAS juga tidak boleh buat keputusan," katanya lagi.
Tambah Ezam, campurtangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan ingin menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 akan datang juga antara faktor utama PAS tidak dapat menyuarakan pendirian mereka.
Ujarnya, ahli PAS sedar dengan apa yang diperjuangkan parti Islam itu dan Pakatan Rakyat yang jelas semakin tersasar.
Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu mahu PAS menilai semula kerjasamanya dengan Umno yang sudah terbukti mampu mempertahankan pendirian dalam membela agama Islam.
"PAS itu semakin mengecil, semakin mengecil. Mereka mengecilkan diri mereka sendiri kerana mengikut rentak Anwar Ibrahim.
"Seharusnya PAS bebas..dan saya lihat daripada Muktamar yang lepas ada kalangan PAS yang dah nampak perkara ini dan adapun yang dah keluar pun dan saya harap lebih ramai yang nampak mereka sebenarnya untuk menyelamatkan perjuangan PAS itu sendiri.
"Kita mungkin berbeza cara tetapi kita menghormati sikap dan pendirian parti PAS selama ini tetapi bukan yang hari ini yang menyempitkan dan mengecilkan diri mereka tunduk kepada seorang pemain politik yang hanya memikirkan tentang jawatan untuk dia (DSAI) dalam percaturan politik," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul