Exco Selangor tidak tahu Menahu...Apa Masalahnya Pada Syabas
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor hari ini menjelaskan bahawa tidak mengetahui tentang cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju yang diusulkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi mengatasi masalah gangguan air.Exconya, Iskandar Abdul Samad yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya mendakwa pihak SYABAS tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang kesulitan yang bakal menjejaskan penduduk di sekitar Lembah Klang.Beliau turut menyifatkan SYABAS sebagai gagal menguruskan pam-pam berkenaan."Saya tak pasti cadangan itu macam mana. Saya minta kalau betul cadangan itu awal, kalau betul kata ada masalah sepatutnya mereka dah tahu ada masalah, sebelum itu lagi mereka dah bawa kepada kerajaan negeri.
Inilah padahnya kerajaan Selangor hanya goyang kaki saja tanpa melihat apa yang sebenarnya berlaku pada Syabas.Exco Selangor hanya pandai menunding jari kepada Kerajaan Pusat tanpa memikirkan soal siapa sebenarnya salah dalam hal ini.Kalau tak tahu cerita sebenar...jangan pandai pandai cakap....

Comments