Edar Bible: 7 laporan polis telah dibuat setakat ini


PULAU PINANG 21 Jan. - Polis Pulau Pinang mengesahkan telah menerima tujuh laporan di beberapa balai polis setakat ini berhubung kejadian pengedaran Bible kepada pelajar di negeri ini, Khamis lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata yang dihubungi Utusan Malaysia memberitahu:
“Kita akan mempercepatkan siasatan berhubung kes ini. Bagaimanapun belum ada sebarang tangkapan dibuat setakat ini."

Khamis lalu, Persatuan Muka Buku Pulau Pinang (PMBPP) membuat laporan polis apabila ahlinya mengesan tindakan dua lelaki mengedar Bible di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.Menurut PMBPP, pengedaran itu juga dilakukan terhadap pelajar Melayu sekolah berkenaan sehingga menyebabkan pihaknya terpaksa membuat laporan polis.

Comments

Anaksi A. said…
jgn terima laporan sahaja!

siasat segera dan ambil tindakan tegas!!!! kalau ISA masih ada, dah kena tahan ISA tu..

kristian sudah melampau..edar dan sebar kristian kepada umat Islam secara terbuka pula tu...amat jelas melanggar perlembagaan negara.

kalau masih lambat ambil tindakan dan terlepas begitu sahaja tnp hukuman berat, baik mansuhkan sahaja perlembagaaan negara sekarang. jgn jdkan Islam agama rasmi kalau perlanggaran begini terang pun lambat dan lembik!..

-rakyat yg hampir kecewa krn kebaculan dan kelembekkkkkkan KDN

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul