Dr Mahathir: 'Ingatan Kepada Orang Melayu"


SHAH ALAM - Sambil berkata beliau bukan "ahli nujum", bekas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu agar tidak memisahkan diri dengan perubahan yang berlaku pada hari ini jika tidak mahu hak mereka diambil alih pihak lain.

Bercakap pada program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini petang ini, bekas Presiden Umno ini berkata demikian apabila menjadikan keadaan orang Melayu pada zaman penjajahan British sebagai contoh."Ketika itu British bawa cara hidup baru, jenis kegiatan ekonomi yang baru," katanya.
Beliau yang melepaskan jawatan Perdana Menteri pada Oktober 2003 berkata, "kita  asingkan diri dari keadaan yang berlaku dengan keadaan sekeliling kita.""Kita pilih tidak terlibat dengan apa yang berlaku dengan sekeliling kita. Oleh kerana British dah benar masuk orang asing, dan mereka datang dengan banyaknya."Mungkin ramai yang tida setuju dengan pendapat saya tapi inilah pemerhatian saya, saya masih ada pada zaman budak, saya dapat lihat,  apabila orang Melayu memisahkan diri dari perkembangan politik dan ekonomi dengan masyarakat pada zaman pemerintahan British," katanya.

Program Bicara Minda kali ini bertajuk "Masa Depan Melayu, Islam Selepas PRU13".

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul