Dolomite: MB Selangor nafi kami hak bela diri....Bodoh tergesa gesa


Gombak: Dolomite Corporation Bhd yang terpaksa membatalkan projek kondominiumnya berhampiran Batu Caves secara mengejut semalam, mendakwa kerajaan Selangor tidak memberikan ia peluang untuk membela diri.Pengarah Urusannya, Lew Choong Keong berkata beliau terkejut dan kesal dengan pengumuman Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam.“Projek itu dibatalkan semata-mata diatas perakuan Jabatan Perancang Bandar dan ini tidak adil,” kata beliau.Lew berkata Khalid dan pegawai kerajaan negeri enggan mengadakan pertemuan dengan Dolomite mengenai projek itu sebelum membatalkannya.

Beliau berkata syarikat itu tidak diberikan peluang untuk memerinci hasil kajian yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk membatalkan projek 26 tingkat itu ataupun mengemukakan hasil kajian pakar-pakar syarikat itu.Tiga hari sebelum Thaipusam, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk membatalkan projek kondominium Dolomite Park Avenue berhampiran kuil Batu Caves.Khalid Ibrahim mendakwa keputusan membatalkan projek itu dibuat berasaskan faktor "keselamatan orang ramai dan memelihara alam sekitar."Beliau mengambil keputusan drastik itu meskipun sebuah jawatankuasa khas negeri untuk menilai kesesuaian projek itu bermesyuarat hanya sekali.Jawatankuasa itu kini dibubarkan susulan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul