Datuk Seri Najib Tun Razak majlis Pelancaran Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 1Malaysia Truly Asia di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil
Najib berkata Malaysia mempunyai keunikannya yang tersendiri yang tidak terdapat di negara lain, antaranya fauna dan flora serta ekosistem yang antara terbaik di dunia, bandar raya kosmopolitan, lokasi keempat terbaik di dunia untuk membeli-belah dan sebagainya."Nak tengok budaya orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Orang Asli, dan lain-lain, semua ini boleh dikecapi dan dilihat di Malaysia. Inilah 'selling-point' (pelaris) Malaysia yang tidak boleh ditandingi oleh negara lain."Ditambah lagi dengan keamanan, kestabilan yang menjadikan negara kita cukup menarik sebagai destinasi pelancongan," katanya.Beliau berkata kerajaan akan terus memberi galakan kepada industri pelancongan negara yang mensasarkan untuk menerima 36 juta pelancong menjelang 2020.
Najib berkata kerajaan sedar bahawa industri pelancongan telah menawarkan peluang pekerjaan kepada 1.8 juta rakyat Malaysia dan menyumbang sebanyak RM168 bilion kepada jumlah pendapatan negara kasar.Beliau berkata kedudukan Malaysia di tempat ke-10 sebagai negara paling mesra di dunia, dan pengiktirafan daripada Bank Dunia sebagai negara ke-12 paling berdaya saing menunjukkan program transformasi negara yang diperjuangkan kerajaan membuahkan hasil dan diiktiraf oleh dunia."Pada tahun ini, kita muat segala program, kita bersihkan kawasan kita, tanam pokok hijau, kita buat segala-galanya. Ini semua mesti ada pada kita. Jika kita berbuat demikian, saya yakin dan percaya tahun 2014 akan menjadi tahun yang berjaya," katanya. BERNAMA

Comments