DAP mahu teraju isu Islam dalam Pakatan...Berhati hatilah


Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan DAP berhasrat untuk mengepalai Pakatan Rakyat dalam isu kalimah Allah apabila menggesa Majlis Syura Ulama PAS mengkaji semula keputusan yang dibuat bersabit perkara itu.Malah katanya Karpal yang enggan berganjak daripada pendirian supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible melihatkan kecenderungan untuk mempengaruhi PAS termasuk perkara berkaitan Islam dan Melayu.“DAP ingin menjadi peneraju Pakatan Rakyat dalam beberapa isu termasuk yang berkaitan dengan kedudukan Islam dan Melayu.
"Ternyata bahawa Karpal Singh yang mewakili DAP merasakan pucuk pimpinan PAS boleh dilentur-liuk memandangkan sebelum ini terjahan-terjahan Karpal Singh dalam beberapa isu menyebabkan PAS terpaksa mengangkat bendera putih,”  kata Hasan dalam satu kenyataan.

Karpal sebelum ini menggesa Majlis Syura Ulama mengkaji semula keputusan larangan menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melaysia agar selari dengan kata sepakat yang dicapai gabungan Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu.“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama PAS mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura. Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” kata beliau pada Sabtu.Beberapa hari sebelum himpunan pembangkang minggu lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tampil pada sidang media Pakatan Rakyat menyatakan pendirian bahawa PAS tidak akan melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tanpa mengkhususkan sama ada ianya merangkumi penggunaan dalam Bible.Namun pada keesokkan harinya mesyuarat Majlis Syura tampil dengan keputusan yang bercanggah dengan Abdul Hadi menegaskan bahawa kalimah Allah boleh disebut tetapi tidak boleh diterjemah dalam Bible.Hasan dalam pada itu berkata tindakan PAS yang membuat pusingan U dalam isu ini akhirnya memberi ruang kepada DAP untuk mengkritik parti itu yang dilihat lemah dalam mempertahankan isu yang berkait rapat dengan agama Islam.
Beliau menyifatkan Karpal dilihat terus jahil dalam membuat keputusan membabitkan rakan seterunya - PAS dan PKR - yang majoriti anggotanya menganut agama Islam.“Kejahilan Karpal Singh terhadap struktur membuat keputusan yang dipraktikkan oleh PAS. Dalam PAS, hal-hal berdasar ditentukan oleh Majlis Syura sementara pelaksanaan dasar dan urusan harian parti diserahkan kepada Presiden dan jawatan kuasa pusatnya.“Kejahilan sedemikian sepatutnya tidak berlaku kerana kerjasama di antara DAP dan PAS telah diteroka sebelum PRU ke-12 tahun 2008 lagi,” katanya.Justeru Hasan menyarankan agar Abdul Hadi bijak memenuhi tuntutan rakan pembangkang dalam masa sama dapat mempertahankan agama Islam daripada dijadikan mainan politik DAP.“Dalam kedudukannnya sebagai Presiden, Ustaz Hadi Awang tidak mempunyai banyak pilihan yang ada di hadapan beliau. Pilihan pertama akur kepada kehendak Karpal Singh dan DAP yang kini dilihat menjadi peneraju utama Pakatan Rakyat.

“Pilihan kedua pula keperluan mempertahankan keputusan Majlis Syura dengan lebih bertenaga akibat desakan musuh-musuh Islam dalam DAP itu. Pada hemat saya pilihan yang kedua adalah lebih munasabah dengan mengambilkira apa sebenarnya PAS selama ini dan siapa yang menggalas perjuangan itu,” katanya.Selain Hasan, terlebih dahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib meminta PKR dan DAP agar tidak campur tangan dalam keputusan parti itu termasuk polemik penggunaan kalimah Allah.

Tegas beliau, mana-mana pemimpin yang bukan di kalangan PAS tidak berhak untuk menggesa agar satu kajian lain dibuat atas alasan tidak menerima keputusan itu.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul