Bodohnya ANWAR Ni...


Ingat lagi drama isyarat tangan rempuh pagar antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali masa perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka April tahun lalu.

Ha tak lama lagi kita boleh tengok drama baru Anwar dan kuncu-kuncunya di mahkamah selepas Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan ketua pembangkang itu untuk untuk membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara tahun lalu.Anwar tak dituduh pasal isyarat tangan, sebaliknya, kehadiran beliau di dalam perhimpunan tersebut adalah melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan terhadap beliau dan kuncu-kuncunya sebelum perhimpunan tersebut diadakan.

Anwar didakwa di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta tersebut bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin kerana menyertai perhimpunan 28 April 2012 dan melanggar perintah mahkamah.

Anwar bagaimanapun pada 28 Mei telah memfailkan bantahan terhadap perintah yang dikeluarkan Majistret Zaki Asyraf Zubir, yang melarang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka serta amaran supaya tidak hadir, berada atau mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April dan 1 Mei 2012.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul