BN Selangor akan Bangkit Semula Tebus Kesilapan Lalu.
Barisan Nasional berjanji akan bangkit semula menebus kesilapan ketika pentadbiran lalu jika kesemua bakal pengundi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) di Negeri Selangor memberi peluang mengundi parti ini pada Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesilapan yang lalu telah memberi kesedaran kepada BN untuk membina semangat baru dalam memberi perkhidmatan terbaik buat rakyat di Negeri tersebut."Kami (BN) sedar, terdapat kesilapan dan kekurangan dalam pentadbiran Barisan Nasional yang lalu. Atas kesedaran ini, kami berjanji akan bangkit semula dengan niat dan semangat baru bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Selangor.
"Janji kami adalah Janji Ditepati. Yakinlah dan berilah peluang kepada kami untuk membawa perkhidmatan yag lebih baik kepada rakyat Selangor," katanya menerusi Perutusan sempena tahun 2013 yang dihantar kepada pengundi di negeri Selangor awal tahun ini.Najib yang juga Perdana Menteri turut melahirkan rasa bersyukur kerana negara diberikan kesejahteraan yang berterusan sepanjang tahun lalu."Alhamdulillah, Malaysia terus aman dan makmur tanpa mengalami bencana besar. Negara kita juga mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang baik secara keseluruhannya."Ini merupakan hasil usaha bersama rakyat Malaysia menggembleng tenaga dan usaha bagi memastikan negara ini kekal sejahtera," ujarnya.Beliau turut menjelaskan, tahun 2013 merupakan tahun penting kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya kepada rakyat Selangor sendiri yang telah tertipu dengan janji-janji palsu Kerajaan Pakatan Pembangkang.
"Kini tiba masanya untuk berubah. Mandat baru perlu diamanahkan kepada Barisan Nasional menjelang pilihan raya yang pasti berlaku pada tahun 2013," tegasnya.

Comments