BN Boleh Capai Kemenangan 2/3 Menerusi Faktor “Feel Good” Rakyat
KUALA LUMPUR 23 Jan –Peningkatan sokongan kepada kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi peluang besar kepada Barisan Nasional untuk memperolehi majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata sokongan itu meningkat apabila rakyat melihat serta menyaksikan banyak perubahan dan pembaharuan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri sejak beliau memegang tampuk pemerintahan negara.
“Perubahan yang dilakukan itu kini dirasai oleh semua rakyat, rata-rata rakyat gembira dengan apa yang berlaku sekarang, banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan yang merangkumi semua pihak dan rakyat tidak pernah terfikir perkara itu sebelum ini.
“Barisan Nasional belum boleh tersenyum dan berpuas hati dengan apa yang berlaku, banyak kerja yang masih perlu dilakukan untuk memastikan keyakinan dan sokongan rakyat itu berterusan untuk memastikan dapat majoriti dua pertaiga pada pilihan raya nanti.

Comments