Bawani patut lancar kempen tengok...tengok...tengok...listen...listen...listen

Inilah caranya bila nampak ada benda sikit yang boleh kasi panas yang memihak lepada mereka.Sebelum ini siapapun tidak kenal siapa KS Bawani,seorang pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Sharifah Zohra Jabeen yang mewakili sebuah NGO yang dipanggil SW1M.Ramai yang tergelak melihat permainan ini.Lainlah kalau Sharifah itu seorang menteri atau mana-mana pembesar BN.Tetapi atas nama politik Sharifah yang bertekak dengan pelajar yang dipercayai aktivis pembangkang itu sudah jadi digambarkan sebagai gergasi dalam parti pemerintah.Pernah dengar SW1M ? Ramai yang geleng kepala.Memang tidak pernah dengar pun NGO itu dikatakan dinaungi oleh KIMMA yang menyokong BN.

Melihat dari status kedua mereka ia tidak lebih dari satu insiden perbezaan pendapat di kedai kopi antara seorang penyokong BN dengan pembangkang.Cuma lokasi kejadian itu ialah di sebuah forum terbuka.
Namun video...listen..listen..listen yakni kata-kata Sharifah pada Bawani mahu dijadikan cogankata untuk menyakitkan hati ramai pihak khusnya pelajar.Kemarahan yang cuba dibangkitkan ialah pada cara Sharifah didakwa cuba menyekat Bawani memberi pandangannya.Namun dari pendedahan di beberapa buah blog yang tunjuk rupanya pelajar UUM dari Kampar Perak itu rapat sekali dengan gerakan pembangkang...maka tidaklah menghairankan berlaku ketegangan antara mereka.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pun tumpang semangkuk. “Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknnya.Lucu memang lucu.Apa kata kita samakan tindak tanduk bos besar pakatan pembangkang ini dengan Sharifah.
Kalau Anwar boleh memuji keberanian Bawani,bagaimana pula tindak tanduknya cuba menyekat wartawan dari bersoal jawab dengannya dalam isu video seks yang 99.9 peratus tulin.Selain itu insiden beliau bertekak dengan wartawan wanita TV3 di Kuching.Bukankah itu menyekat kebebasan media?Bab orang memang cepat tetapi bagaimana dengan gelagat mengarut sendiri yang cuba menyekat kebebasan untuk mengetahui kebenaran.Bawani cuma seorang pelajar...tetapi bab video dengan dakwaan perilaku amat keji melibatkan seorang yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri.

Video Lagi Kurang Ajar...dihalau media dan diherdik wartawan ...ini lagi hina mainan ANWAR .....Ptuihhhh

Comments

mohon linkkan blog hamda ke blog tuan. blog tuan telah dipautkan keblog saya anginlautchinaselatan.blogspot.com
Brodaox said…
Salute anwar!!salute bawani..kitorang xlayan tv3 suku..puiiii

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul