Azmin tidak bercanggah dengan majlis syura...Puak Anwarinas Sudah Cover Azmin Bebbb
Kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, tidak bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat Ahad lalu.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, ketetapan yang diambil majlis syura bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam adalah sejajar dengan pendirian Pakatan Rakyat yang bermesyuarat sekitar awal bulan ini.
Apa yang berbeza katanya hanyalah majlis syura dilihat terkehadapan apabila membincangkan isu penterjemahan perkataan ‘God’ kepada Allah di mana menurut beliau, masih belum ada perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat.“Pada dasarnya apa yang dikatakan oleh majlis syura itu dengan apa yang telah dipersetujui oleh Pakatan tidak ada percanggahan di tahap mana yang telah dipersetujui. Hanya majlis syura pergi setapak ke hadapan apabila ia membincangkan persoalan penterjemahan perkataan ‘God’ kepada Allah.“Jadi saya rasa pada dasarnya apa yang dikatakan oleh Majlis Syura dan apa yang telah dipersetujui oleh Pakatan, tiada percanggahan pada dasarnya,” katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin semalam yang menegaskan beliau berpegang kepada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Khalid tidak pula mengulas percanggahan pendapat PKR dan majlis syura bahawa kalimah Allah boleh digunakan dalam kitab Bible. Majlis syura menegaskan perkataan itu tidak boleh digunakan dalam kitab Bible.Beliau kemudiannya mengulas kenyataan Azmin bahawa Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada sturktur organisasi PAS dan tidak memperngaruhi PKR dalam membuat sebarang ketetapan."Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS memutuskan supaya kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu kerana akan menimbulkan kekeliruan 'nyata'.

.jpg)
Comments