Asri: PAS perlu betulkan isu kafir Umno
SHAH ALAM: Bekas mufti Perlis Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan keperluan pemimpin PAS mengambil tindakan untuk membetulkan salah anggapan yang timbul susulan isu pengkafiran ahli Umno."Saya tidak nampak pimpinan PAS secara umum mengeluarkan kenyataan untuk mengelakkan salah faham, (dengan menyatakan) 'seseorang yang masuk Umno tidak menjadi kafir'."Saya rasa perkataan tersebut sangat diperlukan ketika itu, supaya tidak berlaku salah faham orang awam...Alangkah baiknya ketika itu, pemimpin PAS melafazkan orang yang masuk Umno, tidak menjadi kafir kerana masuk parti. Tetapi menjadi kafir jika melafazkan kata-kata kufur," katanya.
Beliau menegaskan adalah salah untuk mengkafirkan seseorang berasaskan sangkaan semata-mata."Kita tidak boleh mengkafirkan orang, hanya atas sangkaan. Ini satu asas yang kita kena bersetuju... "Tidak boleh kafirkan masyarakat awam atau organisasi (yang disertai seseorang), hanya kerana dia menyertai organisasi. Kemungkinan dia tidak tahu. Kemungkinan dia ada tafsiran yang lain daripada apa yang kita tafsirkan.

Comments