Apa PAS nak gabra sangat...PM bukan janji undi BN masuk syurga
Datuk Seri Najib Tun Razak turun ke Kelantan hari Ahad lalu bukan membawa janji undi BN boleh masuk syurga.
Makanya hairan juga tengok kalangan pemimpin PAS kini tak ubah macam cacing kepanasan gara-gara janji Perdana Menteri untuk laksanakan tujuh projek mega di Kelantan bagi memajukan negeri itu jika kerajaan BN mendapat mandat pada PRU13.Macam-macam mereka kata pada Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya tidak ikhlas, rasuah politik, gula-gula pilihanraya termasuk dakwaan janji itu meniru program dirancang kerajaan Kelantan.Najib dalam lawatannya Ahad mengumumkan tujuh projek besar merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.
Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.Antara yang panas telinga dan tidak senang duduk macam cacing kepanasan adalah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayob.
Turut memperkecilkan pengumuman itu adalah Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli.Malangnya, pemimpin-pemimpin PAS terbabit lupa bahawa merekalah yang janji macam-macam pada rakyat Kelantan dan juga orang luar termasuk janji syurga jika menyokong PAS.

Comments