Anwar resah gagal kendali isu kalimah Allah


Soalan yang perlu Anwar jawab

Persoalan lebih penting dijawab oleh Anwar ialah apakah pendirian sebenar beliau terhadap keputusan Dewan Ulama PAS itu. Setuju atau tidak ?Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup dan secara ikhlas memperbetulkan pendiriannya dalam isu ini. Malah beliau sendiri mempengerusikan mesyuarat syura yang lalu.
Jika bersetuju mengapa sebagai pengerusi Majlis Presiden Pakatan Rakyat, Anwar tidak dengan secara ikhlas pula berusaha untuk memanggil mesyuarat khas bagi membincangkan kembali isu ini ?
 Lebih-lebih lagi jika beliau benar ikhlas mengatakan menghormati keputusan Majlis Syura PAS, sudah tentu beliau faham bahawa inisiatif sebegitu adalah tanggungjawab pengerusi.Bukankah Anwar orangnya yang memanggil mesyuarat majlis berkenaan pada 8 Januari lalu ? Ketika itu adalah jelas motif Anwar ialah untuk mempertegas pendirian Pakatan Rakyat yang diambil pada 2010 berhubung isu ini.

Namun apa yang tidak diduga oleh Anwar ialah Dewan Syura Ulama mempunyai iltizam dan istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Isu kalimah Allah ini dikupas menurut realiti atau waqi’ masyarakat majmuk Malaysia hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul