Anwar 'bersilat'...Hadi tersepit...Last Last Makan Diri Sendiri

Anwar nampaknya terus beri tekanan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu kalimah Allah.Ketua Pembangkang itu terus ding dong bila ditanya pendiriannya sama ada beliau bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS bersabit larangan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu.Selain menuduh media ada kaitan dengan UMNO memutar belit kenyataannya berhubung isu itu, Anwar berkeras memegang perakuan 8 Januari oleh Hadi bahawa kalimah itu boleh digunakan oleh bukan Muslim asalkan ia tidak menghina Islam.

Anwar seolah-olah tidak menerima keputusan PAS mengubah pendirian itu apabila Majlis Syura parti itu melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab bukan Islam.Melihat cara Anwar bersilat dalam isu ini, Hadi tentu tersepit apatah lagi kepimpinan tertinggi PAS termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akur dengan pandangan majlis tersebut.

Hadi dilihat tidak ada ruang untuk bersilat macam Anwar kerana Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib juga sudah menegaskan pendirian majlis syura lah dipegang ulama PAS.Beliau sebaliknya menyerahkan kepada Hadi menyelesaikan isu itu dalam pakatan pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul