Ahli DAP berkumpul tuntut penjelasan Guan Eng


DAP terus menerima tekanan daripada ahli-ahlinya berhubung keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu yang disifatkan mengandungi unsur-unsur manipulasi.Kira-kira 45 ahli dan penyokong DAP berkumpul di hadapan pusat khidmat ADUN Air Putih yang juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menuntut parti itu memberi penjelasan berkenaan kesilapan pengiraan jumlah undi pada Kongres Kebangsaan DAP yang lalu.Mereka juga menuntut agar parti itu melakukan pemilihan semula CEC bagi membuktikan ketelusan DAP seperti yang dilaungkan sebelum ini.Ahli DAP cawangan Sungai Bakap, S Sivasamy berkata, sebagai ahli DAP beliau begitu kecewa dengan sikap kepimpinan parti itu kerana sehingga kini gagal memberikan penjelasan mengenai kesilapan yang berlaku.

Menurutnya, mustahil kesilapan pengiraan undi boleh berlaku kerana pengundian dibuat untuk pemilihan kepimpinan parti di peringkat tertinggi."DAP sering melaungkan yang mereka ini bersih namun dalam pemilihan ini di mana bersihnya? Semuanya penipu.



Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul