40,000 berhimpun...ini baru anjuran parti kecil IPF
Apa nak sembang tentang perhimpunan.Pakai nama Kebangkitan Rakyat segala macam.Entah le siapa yang nak bangkit dan siapa nak tidor.Cuba tengok di Dataran Tesco di bandar Rinching, Semenyih pagi Sabtu Majlis Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri.Itu baru anjuran sebuah parti kecil, IPF yang sokong Barisan Nasional.Juga itu baru peringkat negeri Selangor sahaja.Lebih 40,000 orang pelbagai lapisan masyarakat berhimpunan di situ untuk dengar amanat Datuk Seri Najib Tun Razak.Ia berlangsung pada pagi sebelum puak pembangkang mengadakan perhimpunan gempak mereka di Stadium Merdeka.Bayangkan jika perhimpunan dianjurkan oleh partri-parti komponen lain BN atau BN Pusat yang menganjurkannya.
Rasanya boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur dibuatnya.Himpunan di Rincing jauh dari bandaraya berlangsung dengan aman dan teratur serta tidak menyusahkan sesiapa.Sebaliknya puak pembangkang yang turut ditawarkan Stadium Bukit Jalil yang cukup besar tetap nak pakai Stadium Merdeka yang kecil.Nawaitu mereka cukup terserlah nak tunjuk konon sudah' tawan' Kuala Lumpur bila penyokong kena berarak ke stadium itu dan bersesak di celah-celah jalan sempit sekitarnya.Bagi yang fahamn politik....taktik pembangkang ini cukup standard.Mereka harap perhimpunan itu dapat menutup segala kelemahan dan cacamarba dalam pakatan.
Dengan kehadiran orang ramai membuat Pembangkang cukup cukup resah dan tergugat akan menjadi ancamannya pada masa akan datang..buat Kerajaan Selangor.
Najib juga memberitahu rakyat bahawa Kerajaan mengiktiraf sumbangan kaum India dan akan terus melakukan apa yang ia boleh untuk meningkatkan status sosial dan ekonomi masyarakat.




Comments