Wowww....Waktu kerja posmen lima hari seminggu mulai Jan


KUALA LUMPUR: Seramai 8,500 posmen di seluruh negara bakal menikmati waktu bekerja lima hari seminggu mulai 1 Jan depan berbanding enam hari sekarang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Beliau berkata kesemua posmen berkenaan adalah sebahagian daripada 16,500 kakitangan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) yang layak untuk menikmati waktu bekerja baharu itu selain daripada pekerja sektor perkeranian.Rais bagaimanapun berkata bagi kakitangan di Sabah dan Sarawak, penyelarasan waktu bekerja baharu itu hanya berkuatkuasa pada 1 Feb 2013 kerana Pos Malaysia memerlukan lebih masa bagi membuat penyelarasan termasuk dari segi pentadbiran.
"Kedua-dua negeri ini (Sabah dan Sarawak), Pos Malaysia perlukan tempoh empat minggu lebih daripada di Semenanjung untuk membuat penyusunan operasi dan pentadbiran dengan mengambil kira keadaan geografi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra bersama wakil Kesatuan-kesatuan Sekerja Pos Malaysia di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini, semalam.Turut hadir ialah Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang, Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta Pengerusi Pos Malaysia Berhad Datuk Seri Mohd Khamil Jamil.Rais berkata bagi kakitangan yang perlu bekerja pada hujung minggu terutama di kompleks membeli-belah mereka layak untuk menikmati bayaran atau imbuhan lebih masa yang munasabah.
Beliau berkata penyelarasan waktu berkerja baharu dari enam hari kepada lima hari seminggu merupakan satu daripada bukti bahawa pelbagai transformasi yang dilakukan oleh kerajaan adalah bersifat kasih sayang.
"Kerajaan sayang dengan semua rakyat sebab itu kita selaraskan sedikit demi sedikit...ini satu penghormatan buat warga Pos Malaysia," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana