Warga emas kesal ditipu kerajaan DAP P. Pinang



GEORGETOWN: Seorang warga emas meluahkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan negeri apabila mendakwa ditipu dalam urusan pengambilan tanah yang didiami keluarganya sejak 70 tahun lalu di Jalan Free School, di sini.Chew Eng Hoe, 71 berkata, perkara berkenaan disedari selepas kediaman mereka diroboh olhe Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun 2009 bagi melaksanakan pembangunan awam di tanah seluas 26,133 kaki persegi itu.Sebaliknya baru-baru ini dia mendapati bekas tapak rumahnya itu bakal dibangunkan lot banglo dalam tempoh terdekat oleh sebuah pemaju.“Kami berasa tertipu dengan kerajaan pimpinan DAP itu. Sudahlah kami diusir di rumah yang didiami sejak berpuluh-puluh tahun lalu malah diroboh tanpa perikemanusiaan.

“Bayangkan, kami meminta mereka (MPPP) tempoh sebulan untuk berpindah termasuk kos pemindahan bernilai RM5,000 tetapi mereka langsung tidak mengendahkan permintaan kami,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat Parti Cinta Malaysia (PCM) di Padang Tembak, Air Itam di sini.

Luah Eng Hoe, disebabkan desakan pihak berkuasa terbabit mereka pada masa itu terpaksa hidup secara pindah-randah termasuk menyewa di sebuah rumah flat di sini dengan bantuan pihak gereja.

“Saya amat kesal dengan cara pentadbiran kerajaan hari ini. Walaupun ada ahli politik membantu mencari rumah tetapi kami terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membelinya tanpa mendapat sebarang bantuan dari kerajaan,” jelasnya.

Sementara itu, Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan memberitahu, kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya prihatin dengan nasib Eng Hoe dengan memberi sedikit saguhati kepada keluarga berkenaan.

“Ini tidak, mereka usir dengan cara kekerasan tanpa memberi satu sen pampasan kepada warga emas itu termasuk rumah ganti yang dipohon menerusi surat bertarikh 28 Julai 2009.

“Dengan ini kami bercadang mengumpul dana bagi meringankan kos sara hidup keluarga Eng Hoe yang kini tinggal bersama dua anak dan cucunya,” tambah Cheng Guan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana