'Umno terap Islam dalam sistem pentadbiran'


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) membuktikan bahawa parti itu telah berjaya menempatkan Islam dalam sistem pentadbiran negara merangkumi lapangan hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan duniawi dan ukhrawi.
Menurut Pengarah Institut Islam Hadhari, Datuk Dr Mohd Yusof Othman komitmen kerajaan memastikan keberlangsungan Islam diadaptasikan melalui percambahan perbankan Islam, penubuhan pusat-pusat kajian dan pendidikan Islam, dan peranan Lembaga Tabung Haji, wujud atas desakan masyarakat itu sendiri.
Justeru, dakwaan tentang Umno gagal memenuhi tuntutan masyarakat untuk mengangkat syiar Islam dalam pentadbiran negara adalah tidak betul, kata Mohd Yusof."Maknanya kerajaan kita telah berjaya meletakkan Islam ke dalam sistemnya. Parti yang memerintah itu tentunya Umno, tapi kalau ditanya parti lain, mereka tentunya akan mengecilkan," jelasnya.Beliau berkata, sewaktu negara menghadapi pasca peralihan kuasa selepas dijajah, Umno dan beberapa pertubuhan Islam di Tanah Melayu pada ketika itu telah berjuang mengangkat martabat agama dalam setiap aspek ekonomi, sosial dan pendidikan.
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucaptama Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam berkata, Umno adalah sebuah parti yang berpegang kepada prinsip membenarkan Islam diamal sebagai cara hidup syumul meliputi setiap aspek kehidupan tanpa menindas agama lain.
Katanya, Malaysia ialah satu-satunya negara Islam yang menawarkan khidmat perbankan dan kewangan Islam meluas dari sistem pajak gadai sehingga kepada pengeluaran sukuk.
Antara lain kata Najib, kerajaan telah menubuhkan agensi khusus bagi pelaksanaan ibadah haji secara komprehensif untuk umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima itu."Berlandaskan semua itu, ingin ditegaskan di sini, tanpa ragu-ragu lagi, bahawa, Umno komited bagi terus mempertinggikan Islam berteras 'maqasid syariah'.Dalam masa yang sama beliau menempelak pakatan pembangkang yang hanya menjadikan Islam sebagai pasport untuk meraih sokongan rakyat.
"Janganlah sumbangan kepada Islam diukur hanya dengan tahap retorik dan kuatnya bunyi pekikan slogan semata-mata, sedangkan sumbangan sebenar serta isi kandungannya tidak seberapa," tambah Najib lagi.
Umno pelihara kesucian Islam
Mohd Yusof dalam pada itu berkata, kerajaan Umno-BN sering menitikberatkan kesucian Islam dengan menyediakan pilihan kepada orang Islam yang tidak mahu terlibat dengan riba terutama dalam urusan yang melibatkan institusi-institusi perbankan.
"Kalau orang yang mahu berniaga, mahukan benda yang tiada riba, ada penyelesaiannya iaitu Bank Islam. Kalau mahu buat pajak gadai, ada sistem al-Rahnu. Kalau mereka nak pergi haji, ada Tabung Haji.
"Tentang pengurusan Tabung Haji, pengurusan bank, pengurusan al-Rahnu, itu (sistem) manusia. Manusia ini tidak sempurna, ada kelemahan yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Jadi jika kerajaan tidak sediakan ini maka zalimlah kita ini.
"Buat peringkat ini, ada pilihan untuk umat Islam supaya terhindar daripada perkara yang tidak elok," katanya.Beliau selain itu berkata, usaha kerajaan memperbaiki pencapaian terutama dalam isu membanteras rasuah dan penyelewengan dengan menubuhkan agensi-agensi yang dapat membantu meningkatkan integriti kakitangan kerajaan.
Tidak mudah laksana hudud
Malah dakwaan bahawa Umno menolak hudud disangkal Mohd Yusof, sebaliknya berkata aspek pelaksanaan harus ditekankan agar ianya memberi impak positif kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Justeru beliau tidak menolak doktrin kebencian terhadap kerajaan yang disebarkan oleh parti politik pembangkang mengakibatkan Islam menjadi mangsa."Sebenarnya sumber yang memecahkan kita. Akhirnya wujud dua imam. Padahal imam itu bukan bergantung kepada ahli parti sebaliknya pada bacaan yang sahih.
"Contohnya isu berkenaan hudud, kita tidak berkrompomi. Tapi bagaimana kita hendak laksanakannya, itu kita kena bincang. Tidak semudah itu kita mahu melaksanakan. Saya tidak rasa Umno tidak mahu laksana hudud. Kalau tidak mana mungkin mereka benarkan wakil dari Johor memberi idea baru-baru ini."
Najib pada semalam mendakwa PAS tidak lagi memperjuangankan negara Islam.
Namun sebaliknya mahu menubuhkan Negara Berkebajikan selain bekerjasama dengan sebuah parti yang menentang penubuhan negara Islam serta mahukan Malaysia dijadikan sebuah negara sekular.
"Kalau isu pokok yang paling besar membezakan mereka masih belum diputuskan bagaimana halnya hendak membentuk kerajaan campuran," soal Najib.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana