Tuntut kerusi lebih, DAP tamak kuasa - Atory...Bodoh Namanya PAS dan PKR APa Ceritanya?


SHAH ALAM: Tuntutan kerusi tambahan iaitu sebanyak tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang daripada DAP membuktikan parti itu tamak kuasa, kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.Tuntutan itu juga katanya tidak lain dan tidak bukan adalah demi mengukuhkan parti dominasi Cina itu dalam Pakatan Rakyat sekaligus mahu mengangkat pimpinan tertinggi mereka sebagai Perdana Menteri kelak. 
"Saya rasa kemungkinan PKR dan PAS tidak akan beri. Nampak DAP (minta kerusi) tamak di situ, nakkan lebih kerusi. Kalau diberi juga, maknanya PKR dan PAS akan kekurangan kerusi di Parlimen. Ini membolehkan Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri. Dalam Pakatan Rakyat, kerusi PKR paling banyak iaitu 31 kerusi, PAS 23 kerusi dan DAP 28 kerusi," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Beliau juga tidak menolak bahawa, DAP mahukan kerusi yang dimenangi oleh PKR dan PAS pada pilihan raya yang lalu adalah disebabkan mahu meraih undi daripada kaum Melayu khususnya."Saya rasa akan berlaku konflik nanti, di mana DAP akan letak juga calon di kawasan PKR dan juga PAS. Sepatutnya DAP bertanding di kawasan ramai orang Cina," katanya lagi.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa ucapan ucaptamanya pada Kongres Kebangsaan DAP ke-16, hari ini menuntut PAS dan PKR supaya memberikan parti itu tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN untuk PRU13, akan datang.Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata DAP patut diberikan kerusi tambahan sebagai 'balasan' di atas kesetiaannya kepada kerjasama dalam pakatan pembangkang.“Kami dibuktikan menjadi rakan tulen dan setia kepada PAS dan DAP. DAP berharap kesetiaan ini dibalas dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi…kita mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di Semenanjung. Sabah dan Sarawak akan merunding pengagihan kerusi sesama mereka,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Atory berkata beliau berasa bimbang apabila tuntutan Guan Eng itu pada hematnya sama seperti permintaan yang pernah dilakukan oleh Presiden Singgapura, Lee Kuan Yew ketika negara itu mahu bergabung dengan Malaysia, namun ditolak oleh Perdana Menteri tatkala itu, Tunku Abdul Rahman.
"Ini yang berlaku sewaktu zaman Tunku Abd Rahman sewaktu Singapura masuk Malaysia dulu, di mana Lee Kuan Yew minta kerusi untuk Singapura itu lebih 20 kerusi (tetapi) Tunku kata tak boleh, kalau dibenarkan juga Lee Kuan Yew akan jadi Perdana Menteri.
Sementara, Ketua Penerangan PKR, Dr. Mohd Nor Manuty ketika dihubungi Antarapos memberitahu Pakatan Rakyat kini dalam peringkat akhir pembahagian kerusi antara parti komponennya dan akan dimuktamadkan sebelum hujung tahun ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai tuntutan tambahan kerusi daripada DAP hari ini.
"Saya yakin bahawa perkara itu boleh dibahaskan dengan baik dalam mesyuarat PR tetapi setahu saya proses perundingan kerusi untuk parlimen dan negeri sudah hampir tamat jadi saya yakin bahawa seluruh pemimpin PR mereka sudah membincangkan kerusi-kerusi yang bertindih sejak beberapa bulan lalu.
"Proses memuktamadkan kerusi antara parti komponen akan segera diselesaikan selepas Hari Krismas," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana