Tanding PRU atas tiket PKR: Asri enggan ulas


KUALA LUMPUR: Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin enggan mengulas ura-ura beliau akan bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di Pulau Pinang.“Mana ada, mana ada,” kata Asri mengenai desas-desus beliau dijangka bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.Kerusi itu kini disandang oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman yang kini dikatakan mempunyai hubungan renggang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Hubungan itu rapuh susulan penyiaran rakaman yang memetik Mansor memberitahu ahli PKR bahawa Guan Eng angkuh dan ibarat tokong yang tidak boleh ditegur.Adalah difahamkan pucuk pimpinan PKR mahukan Mansor beralih ke kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) yang mesti diadakan sebelum akhir bulan April depan.Antarapos difahamkan PKR menggunakan orang tengah menemui Mohd Asri bagi membincangkan perkara tersebut dan setakat ini tokoh agama itu akan bertanding di DUN Penanti.Sebelum ini Mohd Asri berkata beliau masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding pada PRU13 meskipun menerima tawaran daripada banyak pihak untuk berbuat demikian.
Pada pilihan raya umum empat tahun lalu, PKR memenangi kerusi tersebut namun satu pilihan raya kecil diadakan pada 31 Mei 2009 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai ADUN Pulau Pinang.
PKR meletakkan Mansor sebagai calon yang menyaksikan BN tidak bertanding.
DUN Penanti terletak di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana