Takiyuddin tuduh DHPP ada niat jahat ...Habis Apasal Terima Bukan Islam Join PAS?


KOTA BARU: Ecxo Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, (DHPP), Hu Pang Chaw sebagai mempunyai 'niat jahat' apabila mendedahkan kepada media tindakan yang diambil kerajaan negeri Kelantan terhadap orang bukan Islam yang berkelakuan tidak senonoh.Hu juga turut mengkritik tindakan saman yang dikeluarkan kepada pekerja salon bukan Islam kerana memotong rambut pelanggan bukan Islam yang berlainan jantina.
"Dia memberitahu pemberita bahawa majlis perbandaran tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman kerana mereka bukan pengawai penguatkuasa kerana mereka hanya pembantu tadbir," katanya.
Takiyuddin juga berkata Hu membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu."Sangat jelas bahawa dia membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta terlebih dahulu. Pegawai majlis perbandaran mempunyai had kuasa. Jika dia (Hu) tidak percaya saya, dia boleh menyaman majlis perbandaran.
"Saya mahu dia menyaman majlis perbandaran kerana mempunyai pegawai yang tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang. Saya sendiri bersedia untuk menjadi peguam bela bagi majlis perbandaran nanti,” kata Takiyuddin yang juga seorang peguam.
Takiyuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, berkata DHPP sepatutnya memainkan peranan mereka sebagai sebahagian daripada anggota parti.
Terdahulu Majlis Perbandaran Kota Baru-Bandaraya Islam (MPKBI) telah mengeluarkan saman terhadap dua orang bukan Islam kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta berhampiran Lapangan Terbang Sultan Islam tengah malam 31 Oktober.
 
PAS FOR ALL...PAS JUGAK SUKA PADA GOLONGAN SEPERTI INI..DULU TIDAK BERFIKIR SIAPA MEREKA INI.SEKARANG BARU TAHU.PAS TIDAK BOLEH BERFIKIR APA TUJUAN DHPP MASUK DALAM PAS NI?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana