Siasat Musa Hassan, kata bekas penasihat SPRM...


 PETALING JAYA: Seorang bekas anggota jawatankuasa penasihat SPRM membidas PKR kerana “berjinak-jinak” dengan bekas Ketua Polis Negara Musa Hassan yang kini menghentam kerajaan selepas kontraknya tidak diperbaharui.Robert Phang melahirkan rasa hairannya dengan tindakan PKR mendokong Musa selepas individu itu terpalit dengan pelbagai tuduhan termasuk merekacipta bukti untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Musa juga terpalit dengan tuduhan menganiayai beberapa pegawai polis kanan selain dikatakan terbabit dengan dalang kongsi-kongsi gelap sepanjang empat tahun beliau memimpin PDRM.

Musa adalah penaung kepada MyWatch. sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikatakan berpaut kepada sokongan pemimpin-pemimpin PKR pusat.Pada sidang akhbar anjuran NGO itu baru-baru ini, Musa mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein campurtangan dalam urusan polis. Beliau turut menuduh KPN sekarang Tan Sri Ismail Omar sebagai lemah.“Jika betul Musa disokong oleh PKR, saya amat kesal kerana ia menunjukkan PKR adalah sebuah parti terdesak,” kata Phang.“Saya mahu ingatkan PKR bahawa parti itu ditubuhkan kerana insiden mata lebam Anwar. Adakah PKR lupa bahawa Musa dikatakan cuba memalsukan laporan perubatan Anwar,” kata Phang.Phang berkata kerajaan kini harus menyiasat Musa terhadap segala pertuduhan itu dan menyatakan rasa kesalnya dengan tindakan PKR mendokong individu berkenaan.

“Musa tidak setia kepada PDRM. Saya tidak akan sama sekali mempercayai sesiapa yang menfitnah organisasi yang dianggotainya, apatah lagi individu yang sendiri mengepalai organisasi itu selama empat tahun,” kata Phang.

Phang berkata hakikat ialah kadar jenayah negara meningkat mendadak semasa PDRM di bawah Musa dan hanya mula menurun selepas kontrak Musa tidak diperbaharui dan beliau diganti oleh Ismail.“Serangan Musa terhadap Ismail amat tidak adil. Ismail telah berjaya menurunkan kadar jenayah dan mengembalikan moral anggota polis,” tambah Phang.

Phang berkata Musa harus ingat bahawa kontrak perkhidmatannya disambung dua kali sebelum beliau membuat tuduhan terhadap Hishamuddin.

“Musa mendakwa kontraknya tidak disambung selepas beliau menegur Hishamuddin. Ini pembohongan. Hakikat ialah kontrak Musa disambung dua kali. Beliau juga mencantas kerjaya beberapa pegawai yang berpotensi menggantikannya,” tambah Phang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana