Siapa sebenarnya main politik dalam jubah?

Seperti dijangka, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil menyelamatkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu 'Amanat Haji Hadi'.Bahkan, beliau sama seperti Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengecam mufti-mufti yang menggesa Presiden PAS itu menarik balik amanat yang dibuat pada 1981 – menuduh UMNO kafir.

Menteri Besar Kelantan itu juga riak dan angkuh mengatakan Hadi memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.Beliau juga meminta mufti yang meminta Hadi menarik amat itu jangan bermain politik.Siapa yang bermain politik sebenarnya? Dan siapa mempermainkan agama untuk politik?Amat malang sekali apabila Nik Aziz yang diagung-agungkan pemimpin dan ahli-ahli PAS seorang tokoh agama sebenarnya tidak lebih seorang yang ego, kononnya beliau, Hadi juga Harun lebih baik daripada mufti-mufti.

Ini juga barangkali letusan kemarahan Nik Aziz kepada mufti-mufti yang sebelum ini banyak menegurnya kerana mengeluarkan macam-macam ‘fatwa’ sendiri yang langsung tidak menyamai fatwa seperti orang yang mengkaji dan mendalami Al-Quran.Justeru itu, lebih baik masyarakat membiarkan pemimpin-pemimpin PAS dan parti mereka seperti membiarkan ‘Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana