Selepas kecewakan Melayu, DAP nak belai pengundi Kristian?

Lim Guan Eng tentunya bukan bodoh sengaja nak ungkit semula isu guna kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian.Ini kerana Ketua Menteri Pulau Pinang diketahui cukup teliti nak keluar sebarang kenyataan.Apatah lagi dalam isu kalimah ‘Allah’ pada perutusannya sempena sambutan Krismas, Setiausaha Agung DAP itu tentu tahu implikasi desakannya pada kerajaan supaya dibenarkan kalimah itu digunakan dalam kitab Bible dalam versi Bahasa Malaysia.Bagaimanapun, beliau tetap mahu jolok sarang tebuan walaupun tahu orang Melayu beragama Islam malah PAS sekutu parti itu dalam pembangkang juga akan melenting.Mungkin dakwaan itu ada benarnya kerana DAP sudah mula tertekan apabila pemilihan jawatankuasa Pusat (CEC) – tidak ada seorangpun daripada lapan pemimpin Melayu yang bertanding dipilih perwakilan.
Tentu keputusan itu jadi tamparan pada DAP yang mendakwa kononnya turut memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi tidak ada pemimpin dipercayai untuk dipilih dalam Kongres parti itu baru-baru ini.Sebaliknya, untuk tutup malu dan tunjuk orang Melayu dapat tempat, dua pemimpin Melayu dilantik menganggotai CEC.Ini boleh buat orang Melayu yang pernah undi DAP kerana terpengaruh kononnya parti itu boleh bela nasib mereka memilih undi parti lain dalam PRU 13.Perkara ini sudah mula menghantui DAP dan mahu atau tidak mereka terpaksa bersiap sedia untuk dapatkan seberapa banyak undi penganut Kristian untuk menyokong parti itu jika pengundi Melayu bertindak mengenepikan DAP termasuk PKR dan PAS.

SUMBER DISINI

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana