Salahuddin Ayub : PAS Tidak Teruja dengan Doa UMNO...Nak kata Apa Lagi...Nak mengaku Maluuuu.

KUALA LUMPUR 3 Dis. - PAS tidak teruja dengan doa yang disampaikan dari pihak UMNO pada sesi Perhimpunan Agung Parti berkenaan baru-baru ini.Malah Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, doa yang digelar 'KO BN' dipimpin oleh adik kepada Menteri Besar Kelantan pada Majlis Solat Hajat sebelum ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara dengan apa yang disampaikan dari pihak UMNO.“Tidak ada apa yang nak teruja sebab bagi saya apa guna mendoakan kesejahteraan, sedangkan sejak mula UMNO bersidang, sama ada perbahasan Puteri, Pemuda, Wanita hinggalah ke ucapan Perasmian Presidennya. Apa yang kedengaran hanya membelasah PAS habis-habisan.

“PAS dikatakan songsang, pecah-belahkan umat Islam dan sebagainya, tetapi bila sampai ke penutup perhimpunan, nak mendoakan kesejahteraan pula,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sambil menafikan doa PAS ditujukan terhadap mana-mana pimpinan UMNO, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berpandangan doa UMNO dilihat bercanggah dengan apa yang dilaksanakan pada masa kini.Beliau berkata demikian merujuk doa dan sesi Solat Hajat yang telah berlangsung sejurus selesai Solat Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra bersempena Perhimpunan Agung UMNO ke 66. Majlis yang turut dihadiri Presiden UMNO dan hampir kesemua pimpinan Ahli Majlis Tertinggi Parti berkenaan telah diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ianya dilaksanakan bagi mendoakan keamanan dan kesejahteraan Negara di samping meminta umat Islam dan Melayu di Negara ini bersatu dalam mempertahankan ummah tanpa mengira ideologi Parti Politik.

INilah Pemimpin PAS tidak mengaku kesalahan dan EGO dan ANGKUH.Dalam Haramkah nya tak habis habis mempersoalkan Perhimpunan UMNO...PAS sudah takut dengan bayang bayangnya sendiri.

Comments

melayuangkat said…
Sebab kau songsanglah PAS PUSS PISS, orang DOAkan Kau balik ke pangkal jalan....

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana