Roboh kuil: S'gor tidak akan bina semula...Ha ha ha ANWAR Mana Perginya..

 Kerajaan negeri Selangor menegaskan ia tidak akan tunduk kepada pelbagai desakan untuk membina semula sebuah tempat pemujaan Hindu di sebuah rumah yang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sepang bulan lalu.Semalam, ratusan penganut Hindu mengadakan tunjuk perasaan di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam untuk membantah tindakan MPS itu yang disifatkan sebagai menindas kebebasan agama masyarakat India.
Mereka mendesak Exco yang mewakili masyarakat India, Dr. Xavier Jayakumar supaya membina semula tempat pemujaan itu yang didakwa oleh MPS sebagai melanggar peraturan, walaupun dibina dalam kawasan rumah sendiri.Xavier menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada desakan MIC dan pertubuhan bukan kerajaan lain yang membuat desakan lantang itu.Dalam bantahan itu, mereka turut berarak dengan membawa poster-poster yang menunjukkan Xavier tidur semasa majlis rasmi dan gambar-gambar tempat pemujaan itu dirobohkan.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin itu menegaskan undang-undang MPS melarang pembinaan sebarang struktur tambahan dalam kawasan rumah atau tanah persendirian tanpa kelulusan."Kita tidak boleh bina semula kuil yang sudah diroboh itu. Ini kerana dalam undang-undang PBT, apa-apa bangunan tambahan perlu mendapatkan kelulusan pembinaan terlebih dahulu.
"Kita mahu bagi kuasa penuh kepada PBT untuk menjalankan tugas mereka," kata beliau.Dalam insiden yang masih menjadi buah mulut masyarakat India, seramai 30 pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menggunakan tukul besi untuk merobohkan tempat pemujaan Hindu yang dibina oleh seorang wanita di serambi rumahnya.
Kejadian di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi dipercayai kali pertama penguasa tempatan bertindak merobohkan tempat bersembahyang yang dibina dalam perkarangan rumah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana