Rasuah Tanah Balak ‘Dosa Besar” Kerajaan Pas Kelantan Terhadap Rakyatnya

KUALA LUMPUR 26 Dis – Kerajaan Pas Kelantan dilihat telah melakukan satu ‘dosa yang cukup besar’ terhadap rakyat negeri itu jika benar dakwaan yang melibatkan pemberian tanah balak lebih 4,000 hektar di Gua Musang kepada pemimpin DAP.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang juga Setiausaha UMNO Gua Musang, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata dakwaan berkenaan cukup mengguris hati rakyat Kelantan khususnya kalangan penduduk setempat kerana mereka sendiri cukup sukar untuk mendapatkan tanah.Menurut beliau begitu juga dalam soal untuk mendapatkan hak milik dan sebagainya lagi, rakyat Kelantan berdepan dengan pelbagai kesukaran dan dakwaan yang timbul hari ini benar-benar melukakan hati rakyat setempat.

“Kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz tidak seharusnya berdiam diri…. dan apakah hanya sekadar memberikan penjelasan di peringkat awal dakwaan timbul baru-baru ini ianya sudah dianggap selesai.“Apa pun jika benar seperti yang didakwa, pendedahan mengenainya cukup melukakan hati rakyat Kelantan..Bayangkan ‘orang luar’ sewenang-wenangnya mendapat tanah berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.Abdul Aziz seterusnya menegaskan salah satu ‘dosa besar’ oleh kerajaan Pas Kelantan itu perlu diberikan tumpuan sewajarnya oleh pihak yang berkenaan dan bukannya sekadar pandang ringan.“Ini melibatkan satu dakwaan yang besar dan sepertimana yang saya katakan tadi jika benar dan sahih, ianya adalah satu ‘dosa besar’ kerajaan negeri terhadap seluruh rakyat Kelantan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana