Rakyat Malaysia Rugi Jutaan Ringgit Jadi Mangsa Penipuan Cinta Internet...Berhati hatilah Rakyat Malaysia yer...

KUALA LUMPUR: Setiap hari, seramai tiga rakyat Malaysia menjadi mangsa kepada sindiket penipuan cinta Internet dan kebimbangan polis terhadap bilangan kes yang tidak dilaporkan boleh meningkat tiga kali ganda lebih tinggi.Pengarah Bahagian Keselamatan Siber dan Multimedia, Asisten Komisioner Mohd Kamaruddin Din berkata, seramai 613 mangsa iaitu 375 wanita dan 238 lelaki kerugian RM25.89 juta kepada sindiket berkenaan antara Januari dan September tahun ini.
"Tahun lepas, kami mencatatkan 876 kes dengan kerugian berjumlah RM34.17 juta," katanya.
Beliau berkata, sindiket itu menggunakan beberapa modus operandi untuk menipu mangsa mereka untuk jatuh cinta dan memberikan sejumlah besar wang tunai.

“Paling popular adalah penipuan bungkusan, di mana mangsa diberitahu bahawa dia akan menerima bungkusan mengandungi hadiah yang mahal, barangan kemas atau wang tunai tetapi bungkusan itu ditahan oleh Kastam atau bayaran perlu dibuat untuk mengeluarkannya.“Sesetengah anggota sindiket mendakwa mereka datang ke Malaysia untuk berkahwin dengan mangsa. Pada ketibaan mereka ke sini, mereka akan mendakwa telah ditahan oleh pihak berkuasa dan hanya akan boleh dibebaskan sekiranya bayaran tertentu dilunaskan,” katanya.Kamaruddin berkata, jabatan beliau turut menyiasat kes-kes di mana anggota sindiket memperdaya mangsa dengan mendakwa mereka menjadi pemimpin atau tentera dari zon konflik yang mempunyai jutaan mata wang asing secara tunai.“Mangsa akan diminta untuk membayar antara RM100,000 dan RM200,000 bagi membawa wang dari zon konflik itu dan berjanji akan memberikan sebahagiannya,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana