Rakyat jangan terpengaruh hasutan 12 Jan pakatan


SHAH ALAM: Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mengingatkan rakyat jangan terlalu emosi dengan hasutan pembangkang supaya menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Stadium Merdeka 12 Januari ini.Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, rancangan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan tersebut merupakan usaha ‘politik liar’ mereka untuk menumbangkan kerajaan secara tidak demokratik.Malah dakwa beliau, perhimpunan tersebut juga merupakan sebahagian daripada rancangan jahat pembangkang untuk mensabotaj ekonomi negara.
“Tidak ada sebab mengapa rakyat harus terpedaya dengan jemputan tersebut, semua ini usaha pembangkang untuk menyemai kebencian terhadap kerajaan,” katanya.
  Menurut beliau, menyertai perhimpunan ‘politik liar’ pembangkang itu tidak memberi sebarang manfaat sebaliknya menyaksikan mereka melepaskan geram secara melulu.
“Niat mereka untuk memberi gambaran kepada dunia bahawa situasi politik di Malaysia tidak stabil yang sekaligus mencemarkan reputasi kepimpinan kerajaan,” tegasnya.
  Beliau mempersoalkan apakah kewajaran perhimpunan tersebut diadakan sedangkan kerajaan BN telah melakukan pelbagai tranformasi untuk kepentingan rakyat dan negara.“Malah kerajaan hari ini sudah banyak memenuhi tuntutan pembangkang termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penambahbaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujarnya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menyeru semua mereka yang tidak berpuashati dengan kerajaan supaya menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini, seperti yang dilaporkan oleh portal berita pro-pembangkang.
Katanya, himpunan tersebut dianjurkan oleh semua NGO dan parti-parti politik yang ingin membuat perubahan, termasuk DAP, PAS, PKR, Parti Sosialis Malaysia dan pihak-pihak lain, NGO dan oleh mereka yang bukan dari mana-mana NGO.
Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Mat Sabu berkata sesiapa sahaja yang marah dengan kerajaan dijemput untuk melepaskan kemarahan mereka dengan cara aman yang demokratik, seperti yang diamalkan di seluruh dunia.Menurut Syed Ali lagi, perhimpunan tersebut tidak akan memberi sebarang kebaikan sebaliknya dicemari dengan gelagat ganas dan menyuburkan budaya politik jalanan.
“Sudah banyak kali pembangkang mengadakan perhimpunan jalanan yang akhirnya berkesudahan dengan kelakuan ganas dan tidak bermoral,” katanya.Sambil menyifatkan kenyataan Mat Sabu itu sebagai hasutan, beliau berkata pihak berkuasa perlu mengkaji daripada pelbagai aspek implikasi daripada perhimpunan tersebut.
Sebagai contoh beliau menyebut akan berlaku kesesakan lalulintas yang menyusahkan pergerakan orang awam, khususnya warga kota disamping khuatir perhimpunan tersebut dicemari dengan insiden ganas dan kerosakan harta benda awam.“Pembangkang tidak pernah menepati jaminan mereka dari segi ketenteraman awam, inilah sebenarnya yang mereka mahu supaya mendapat perhatian luar,” katanya.
Perhimpunan anjuran pakatan pembangkang dijadualkan akan berlangsung di Stadium Merdeka bermula jam 2 petang pada 12 Januari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana