PM buat beberapa pengumuman penting dalam lawatan ke Pulau Pinang Sabtu ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat beberapa pengumuman penting termasuk mengenai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) semasa lawatannya ke Pulau Pinang Sabtu ini.Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata pengumuman itu akan dibuat oleh Najib pada program siri Jelajah Janji Ditepati (JJD) di padang kawad, Universiti Sains Malaysia (USM).Beliau berkata lebih 50,000 orang dijangka hadir pada program itu yang bertemakan 'Perumahan Rakyat' yang akan diadakan pada pukul 10 pagi.
Najib, yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, akan turut mengadakan tinjauan mesra di Pasar Bayan Baru sebelum merasmikan program JJD, katanya kepada Bernama di Georgetown Rabu.
Zainal Abidin berkata Najib dijangka menyertai penduduk Bayan Baru untuk menikmati jamuan makan tengah hari bersama masyarakat setempat di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru, di sini.

Katanya, Najib juga dijangka tinjauan mesra di kawasan Tanjung Tokong di sebelah petang untuk melihat projek perumahan yang dibangunkan oleh Uda Holdings Bhd.Zainal Abidin berkata pelbagai janji yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini untuk rakyat Pulau Pinang telah berjaya dikotakan, antaranya projek pelebaran Jambatan Pulau Pinang dan projek Empangan Mengkuang, walaupun negeri ini ditabir oleh parti DAP-PKR-PAS."Saya yakin jika rakyat negeri ini memberi mandat kepada BN untuk memerintah Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang pasti lebih banyak kelebihan akan diadakan untuk penduduk negeri ini," katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana