Perghhh....Kalimah Allah: Guan Eng kena balun kiri kanan

Ini kali pertama kita lihat bagaimana keceluparan Setiusaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung desakannya supaya kalimah Allah dibenarkan diguna dalam Bible versi Bahasa Malaysia dicemuh sakan oleh rakan politiknya PAS.Seolah mahu menguji kesabaran umat Islam di negara ini beliau telah membangkitkan isu sensitif tersebut di dalam perutusan Krismas DAP pada Isnin lalu.
Jangan lupa Guan Eng pernah membangkitkan isu sama pada 2010.Antara yang paling awal yang balun adalah Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi.Menurutnya Guan Eng patut berhenti daripada membangkitkan isu itu kerana boleh mencetuskan kekeliruan umat Islam.Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu kalimah ALLAH tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.
Selain pemimpin politik, Guan Eng turut dikecam oleh Mufti Pulau Pinang sendiri , Datuk Hassan Ahmah.Menurutnya Pulau Pinang mewartakan kalimah Allah sebagai antara 40 perkataan yang tidak boleh digunakan bukan Islam.Beliau berkata peraturan itu dikuatkuasakan pada zaman pakatan pembangkang memerintah dan dipersetujui Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi.
“Jabatan Mufti Pulau Pinang sudah putuskan perkataan seperti Allah, haji, masjid contohnya hanya boleh digunakan mereka yang beragama Islam.Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) Ismail Mina Ahmad berkata tindakan Guan Eng tersebut boleh mengundang kontroversi dikalangan penganut Islam memandangkan ia akan membuka ruang yang lebih besar kepada ketegangan di antara penganut agama di negara ini."Ini adalah satu provokasi yang serius kepada umat Islam di Malaysia dan kita harap (Lim Guan Eng) berhenti membuat provokasi ini."Di Indonesia sudah ada satu gereja yang bernama Gereja Sidang Jelmaan Allah, ini akan memberikan satu impak yang distraktif kepada penganut Islam dan saya bimbang perkara ini akan timbulkan ketegangan masyarakat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana