Pemilihan berupa penghinaan kepada demokrasi...Inilah Mainan Politik DAP

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, ini terbukti apabila pemilihan jawatan Timbalan Pengerusi, Naib-naib Pengerusi dan Setiausaha Agung tidak diundi oleh 2,576 perwakilan yang hadir, sebaliknya ditentukan oleh anak-beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

"Sudah terang lagikan bersuluh bahawa DAP hanyalah demokratik dari segi nama partinya sedangkan amalannya adalah jauh panggang dari api, ibarat telunjuk lurus kelingkingnya berkait."Cara melantik kepimpinan utama parti yang mereka lakukan diharap membuka mata, hati dan minda rakyat bahawa demokrasi yang dilaungkan selama ini hanya ibarat madu berisi racun dan tak lebih daripada slogan kosong semata-mata," Pengerusi DAP, Karpal Singh juga hipokrit kerana sering melaungkan slogan ketelusan, integriti dan demokrasi sedangkan jawatan yang disandang bukan dipilih ahli parti tetapi didakwanya melalui pelantikan.

Oleh itu, katanya, Karpal tidak layak untuk menentukan calon Perdana Menteri bagi pakatan pembangkang seperti tindakannya menegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengepalai kerajaan jika pakatan menguasai kerajaan kelak."Rakyat Malaysia harus sedar jika DAP diberi peluang memerintah negara, mereka akan mengamalkan pemerintahan ala kuku besi atau autokratik kerana sebarang keputusan penting akan hanya ditentukan oleh bapa dan anak sahaja.



Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana