Parti Pas Mula Rasa Bahang Kejatuhan Dengan Sokongan Rakyat terhadap Nya
KUALA LUMPUR -
Pas akan menerima impak buruk termasuk hilang kepercayaan dalam kalangan ahli
parti itu sekiranya penyokong mereka berterusan keluar daripada parti tersebut
seperti yang berlaku kebelakangan ini.Ahli Bersekutu
Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor
Negara (MPN), Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata, tindakan ahli yang
keluar parti itu memberi gambaran mereka tidak lagi percaya dengan agenda
perjuangan Pas.
"Ahli-ahli ini tidak berpuas hati kerana Pas mengetepikan perjuangan asal mereka iaitu pembentukan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya beralih pula kepada negara berkebajikan supaya selari dengan kerjasama parti dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau mengulas tindakan nekad beberapa ahli Pas termasuk yang sudah bersama parti itu berpuluh-puluh tahun lamanya yang bertindak meninggalkan parti tersebut dan menyertai UMNO.Terbaru, sebanyak 300 ahli Pas di Terengganu semalam mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO dengan menyerahkan borang keahlian kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut Mohd. Azizuddin, tindakan keluar parti itu juga merupakan mesej jelas daripada ahli akar umbi parti tersebut supaya kepimpinan Pas kembali kepada perjuangan asal.
Comments