Padan Muka...Peserta 'Occupy Dataran' dipenjara, denda


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta dipenjara sebulan dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugasnya.

Majistret Zaki Asyraf Zubir memerintahkan Umar Mohamad Azmi, 23, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Zaki turut memerintahkan hukuman sebulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda itu.

Pada 23 April lalu, Umar didakwa dengan sengaja menghalang seorang pegawai penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mohd Masran Mamat, 34, menjalankan tugasnya untuk menangkap seorang lelaki ketika protes 'Occupy Dataran anjuran pertubuhan bukan kerajaan (PBT) pro pembangkang.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Merdeka, Jalan Raja di sini pada jam 8.05 pagi.

Umar didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia manakala tertuduh diwakili peguam Syahredzan Johan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana