OKU Memakai Baju "I LOVE PM" Terbaik Sekali

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan golongan OKU termasuk menyediakan peluang pekerjaan serta mempermudah cara hidup mereka terutama dari aspek pengangkutan dan kemudahan-kemudahan lain.

"Saya harap, bersempena dengan Hari Orang Kelainan Upaya ini, kita yang dikurniakan sifat fizikal dan mental yang sempurna dapat memberi pengiktirafan sewajarnya kepada golongan OKU sebagai penyumbang kepada pembangunan negara dan masyarakat," katanya."Pencapaian dan ketabahan hati anda harus dikagumi dan diteladani oleh semua rakyat Malaysia termasuk saya sendiri.

"Sebagai contoh, kejayaan atlet elit Paralimpik negara Hasihin Sanawi dan Muhamad Ziyad Zolkefli yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa pada temasya Sukan Paralimpik 2012 baru-baru ini, jelas membuktikan yang golongan OKU mampu melakukan apa sahaja dengan cemerlang sekiranya diberi peluang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana