Nik Aziz 'aset besar' pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Dis. - DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kumpulan 'parasit' di dalam Pas akan bersungguh-sungguh memastikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat konsisten dengan pendirian bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 seterusnya kekal sebagai pemimpin Pas.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin dengan perkara itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan 'bonus' kepada parti cauvinis, rasis dan ekstremis seperti DAP dalam mencapai cita-cita merosakkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam.

Di pihak parasit dalam Pas pula jelasnya, keputusan Menteri Besar Kelantan itu adalah aset politik terbesar dalam membantu mencapai agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terutamanya untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu-Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana