Najib ‘lepas bom’ di Pulau Pinang... Lim Guan Eng Terkontang Konteng Dibuatnya

Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lepas bom’ semasa turun ke program Janji Ditepati yang diadakan di Padang Kawad,Universiti Sains Malaysia.Beliau membawa berita gembira yang dinanti-nantikan oleh rakyat negeri itu yang makin muak dengan cakap tak serupa bikin kerajaan negeri yang dipelopori DAP.Di depan hampir 30,000 orang yang hadir di majlis itu, Perdana Menteri berjanji dalam masa terdekat ini,kerajaan BN akan membina 20,000 rumah murah dan mampu milik di negeri itu.10,000 buah rumah berkenaan akan dibina oleh PRIMA manakala 10,000 lagi oleh agensi kerajaan PERDA,SPNB dan JKP.Beliau juga beri jaminan rumah akan dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbandang harga pasaran terbuka di negeri itu sekarang.

Bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang kebelakangan ini turut menghantui pendudukan negeri khususnya disebelah pulau.Najib berjanji jika BN kembali berkuasa di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13,kerajaan akan kaji untuk atasi masalah itu.Ini,katanya termasuk pembinaan sistem pengangkutan Monorel.Beliau memberitahu dua penguman ini bukanlah yangterakhir.Katanya ada lagi yang disimpannya untuk diumumkan masa lawatan akan datang.Serentak dengan itu Perdana Menteri juga memberi jaminan kerajaan BN tidak akan biarkan orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dalam arus pembangunan.Namun katanya kerajaan tetap akan jaga kebajikan orang Cina dan India di negeri itu.Beliau mengingatkan orang Pulau Pinang supaya buka mata terhadap kelentong kerajaan pakatan pembangkang yang tidak tunai janji-janji mereka.Menurut beliau contoh yang jelas ialah isu Kampong Buah Pala di Gelugor yang akhirnya diselesaikan oleh kerajaan BN.

Sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji nak selesaikan masalah mereka masa kempen pilihanraya Mac 2008.Beliau menegaskan ‘ Janji Ditepati’ adalah jenama kerajaan BN yang sentiasa tunaikan janji yang dibuat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana