Mufti Perak : Saya Tidak Akan Tunduk Kepada Tekanan PAS...Syabas

Sebaliknya, Nik Aziz yang gemar menonjolkan diri sebagai ulama, walaupun hakikatnya dia tidak lebih daripada seorang tua penjual minyak angin di pasar malam, tetapi hebat kerana serban dan janggut kambingnya, menyatakan, dia telah ‘memeriksa’ AMANAT tersebut dan tidak mendapati sebarang cacat celanya.itulah sikap buruk pas yang tak boleh ditegur sebab dah rasa diri tu dekat sangat dengan tuhan... ulamak yang ego, sampai sudah tuhan tak kan tolong kamu tawan negara ni.. last bantuan dari KAFIR DAP gak jadi pedoman, Pkr jugak di jadi panduan oleh mereka... ni lah perangai org yang tak percaya dengan takdir tuhan...

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak sesekali akan menutup mulut bagi menegur kesalahan sesetengah pihak termasuk 'amanat' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menggambarkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu digelar sebagai 'syaitan bisu'.

Oleh itu katanya, beliau tidak sesekali akan tunduk dengan te...kanan yang dilakukan ke atasnya termasuk yang terbaharu daripada Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang meminta beliau menutup mulut dan tidak mencampuri urusan politik negara. "Saya akan terus bersuara bagi menegur apa yang dilihat salah atau mungkar, tidak kira perkara berkaitan politik, akidah atau apa sahaja demi kepentingan umat.

"Adakah patut saya diam apabila terdapat ahli Pas datang menangis kepada saya mengatakan dia selama ini percaya bahawa UMNO itu kafir sebelum mengetahui perkara sebenarnya. Saya tidak mahu jadi 'syaitan bisu' seperti gelaran yang dikatakan sesetengah pihak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Harun seperti dipetik laporan sebuah portal akhbar berbahasa Melayu hari ini menasihatkan para mufti agar tidak masuk campur dalam hal berkaitan politik tanah air jika tidak tahu sejarah perkembangan UMNO.

"Kita (Pas) akui ucapan itu pernah dibuat dan beliau (Abdul Hadi) tidak perlu tarik balik. Harussani perlu ingat sejarah. Perlu ingat isu debat yang dibatalkan UMNO semasa kepimpinan Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad). Kalau mufti tidak tahu sejarah politik, jangan campur tangan. Mufti perlu tutup mulut," katanya.

Kenyataan keras Harun itu ekoran gesaan Harussani dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh semalam agar Abdul Hadi wajib menarik balik 'amanat' dikeluarkannya pada 1981 yang seolah-olah menggambarkan UMNO kafir kerana mengundang perpecahan di kalangan umat Islam.

Selain itu, bekas Mufti Perlis, Datuk Mat Jahya Hussin semalam juga apabila mengulas isu Abdul Hadi mengingatkan bahawa golongan pemimpin seharusnya menumpukan kepada usaha penyatuan Islam dan jangan mengata antara satu sama lain.

Harussani menambah, beliau mengikuti perkembangan politik tanah air dan mengetahui pengikut Pas juga pernah menganggap UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini parti itu bersekongkol pula dengan DAP.

"Saya tidak memihak UMNO atau Pas. Saya mengatakan menyambut Thaipusam adalah haram dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memanggil saya bagi menjelaskan beliau tidak ke kuil semasa sambutan itu tetapi sekadar di dewan bagi menyampaikan sumbangan.

"Apabila itu timbul, ada yang kata saya minta ampun kepada Najib dan cium tangannya. Saya ingin tegaskan saya tidak pernah minta ampun dan tak pernah cium tangan beliau. Apabila teguran saya kepada Abdul Hadi keluar, saya mendapat mesej di telefon, kata saya dah mati dan munafik, terpulanglah," tegasnya.
 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana