Messi atasi rekod jaringan Mueller....Hebatnya


MADRID - Lionel Messi menegaskan, kejayaannya memecah rekod jaringan terbanyak dalam tempoh semusim tidak bermakna andai Barcelona gagal merangkul kejuaraan La Liga dan Liga Juara-Juara.Penyerang Argentina itu memahat memadam rekod legenda bola sepak Jerman, Gerd Mueller yang mencipta 85 gol pada 1972 selepas dua jaringannya ketika membantu Barcelona menumpaskan Real Betis 2-1 kelmarin, membolehkan dia mengumpul 86 gol sepanjang 2012 untuk kelab dan negara.Bagaimanapun Messi, 25, menegaskan, dia lebih gembira jika dapat membantu pasukan merampas kejuaraan domestik dan Eropah.

"Mencipta rekod adalah sesuatu yang bagus tetapi lebih penting adalah kemenangan pasukan dan perbezaan mata pada tangga teratas. "Misi saya adalah untuk memenangi kejuaraan bersama pasukan, kami mahukan Liga Sepanyol, Piala Sepanyol atau Liga Juara-Juara, itu lebih utama daripada rekod peribadi,'' kata Messi.Kemenangan semalam membolehkan Barcelona kekal meneraju La Liga dengan kelebihan enam mata ke atas pencabar rapat, Atletico Madrid dan 11 mata meninggalkan juara bertahan, Real Madrid.Messi tidak menunggu lama untuk menyamai rekod Mueller. Jaringan pertamanya hadir pada minit ke-16 selepas menewaskan pertahanan Betis, sebelum melakukan rembatan kaki kiri ke penjuru kanan pintu gol. Detik sejarah tercipta hadir sembilan minit kemudian apabila dia berada pada posisi yang hampir sama selepas menerima gerakan cantik Adriano dan Andres Iniesta.

"Objektif pertama saya sebaik musim baru bermula adalah memenangi satu lagi gelaran La Liga," kata Messi lagi, yang turut menjadi calon utama untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia Ballon d'Or buat kali keempat berturut-turut. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana